Thursday 23 April 2015

 Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran alam sekitar di zaman moden ini adalah lebih teruk apabila dibandingkan dengan zaman dahulu.Apakah yang menyebabkan semua ini berlaku?Adakah ia disebabkan oleh manusia?ataupun adakah ia disebabkan oleh haiwan itu sendiri?ataupun ia disebabkan oleh sinar ultraviolet dari matahari?Tujuan saya hari ini adalah untuk memberitahu semua pembaca yang membaca blog ini sebab sebab pencemaran alam sekitar.








 Sebelum kita mulakan,apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran alam sekitar?Pencemaran alam sekitar ialah perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi.Antara pencemrannya ialah pencemaran udara,pencemaran air,pencemaran tanah,pencemaran bunyi  dan lain lain.Antara faktor(atau punca) yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ialah perkilangan,kenderaan,pembakaran terbuka,sampah sarap,pembinaan,perniagaan,petempatan dan perlombongan.




1.Perkilangan


Kilang-kilang dianggap sebagai punca pencemaran air dan udara yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat.Kebanyakan kilang membuang sisa toxin yang merbahaya dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.
Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun mereka tahu bahawa itu adalah perkara yang harus dielakkan.
  Terdapat juga kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit dan kilang getah.




2.Kenderaan
 Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara.Kenderaan melepaskan gas yang boleh menyebabkan pencemaran udara dan barangkali kematian.Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia.
Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menjadi punca pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.





3.Pembakaran terbuka 

Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga  penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.
Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai dan membakar sampah di waktu petang juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar juga.






 4.Sampah sarap

Terdapat juga  masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.




5.Pembinaan


Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru.Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.

 
 



  6.Perniagaan
 Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur.
Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus. Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.






7.Petempatan

Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan.Tetapi, untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok.
Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran.