Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran
alam sekitar di zaman moden ini adalah lebih teruk apabila dibandingkan
dengan zaman dahulu.Apakah yang menyebabkan semua ini berlaku?Adakah ia
disebabkan oleh manusia?ataupun adakah ia disebabkan oleh haiwan itu
sendiri?ataupun ia disebabkan oleh sinar ultraviolet dari
matahari?Tujuan saya hari ini adalah untuk memberitahu semua pembaca
yang membaca blog ini sebab sebab pencemaran alam sekitar.
Sebelum kita mulakan,apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran alam sekitar?Pencemaran alam sekitar ialah perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi.Antara
pencemrannya ialah pencemaran udara,pencemaran air,pencemaran
tanah,pencemaran bunyi dan lain lain.Antara faktor(atau punca) yang
menyebabkan pencemaran alam sekitar ialah
perkilangan,kenderaan,pembakaran terbuka,sampah
sarap,pembinaan,perniagaan,petempatan dan perlombongan.
1.Perkilangan
Kilang-kilang dianggap sebagai punca pencemaran air dan udara yang utama.
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan
bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah
timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak
dirawat.Kebanyakan kilang membuang sisa toxin yang merbahaya dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar.
Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan
keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai
walaupun mereka tahu bahawa itu adalah perkara yang harus dielakkan.
Terdapat juga kilang-kilang yang melepaskan asap dari
serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan
masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna
hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang
kelapa sawit dan kilang getah.
2.Kenderaan
Selain
itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menjadi punca
pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon
monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.
3.Pembakaran terbuka
Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka.
Sementara ada juga penduduk yang tidak mengambil kira
perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.
Aktiviti
membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai dan membakar sampah di
waktu petang juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar
juga.
4.Sampah sarap
Terdapat juga masyarakat
yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal
di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap
ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka
tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.
5.Pembinaan
Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru.Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.
6.Perniagaan
Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan
bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus. Keadaan ini dapat
dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.
7.Petempatan
Petempatan
juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin
serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah
disediakan.Tetapi, untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar
seperti
almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya,
akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka,
mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok.
Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus.
Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan
banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran.
Selain itu, industri perlombongan juga punca pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan
tumpahan minyak adalah antara buktinya. Penggerudian perigi-perigi
minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila
minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai,ia akan mengakibatkan
air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti
tumbuh tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber
protein manusia.
Kesimpulan:
Selagi
minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan
global , pencemaran sungai , perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat
diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya
masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat
penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan
tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang
sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan
kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan
bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.
Video yang berkenaan dengan pencemaran alam sekitar:
https://youtu.be/7El_xeeFGu0
https://youtu.be/gJN7Eh3QR2o
This is the best I can do for now,the next one will be even better
ReplyDeleteplease write more essays for us to expand our knowledge.
ReplyDelete